Home » HIBURAN » Latiff Borgiba Pelakon Veteran Meninggal Dunia

Latiff Borgiba Pelakon Veteran Meninggal Dunia

Latiff Borgiba Pelakon Veteran Meninggal Dunia. Siapa tidak kenal pelakon veteran Latiff Borgiba. Pelakon veteran yang popular kerana selalu memegang watak sebagai samseng ini meninggal dunia pada usia 80 tahun yang juga pada hari jadinya. Itulah yang dilaporkan oleh pihak Mstar Online. Latiff atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K Gomu dikenali dengan watak jahat bermisai lintang pada tahun 1980-an.
Antara filem lakonannya ialah Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku.

Latiff Borgiba Pelakon Veteran Meninggal Dunia
Latiff Borgiba Pelakon Veteran Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Flat Danau Kota, Setapak dekat sini kira-kira pukul 3.43 petang Khamis akibat sukar bernafas akibat sakit paru-paru.  Antara filem lakonannya ialah Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku. Beliau juga banyak berlakon drama tempatan namun selepas menghidap penyakit paru-paru dan kerap kali keluar masuk hospital, Allahyarham terpaksa memperlahankan kerjaya seninya.

Latiff yang dilahirkan di Bangkok, Thailand memperoleh nama ‘Borgiba’ selepas ia diberikan oleh pengarah filem dan pelakon S. Kadarisman pada hujung 1960-an. Nama itu diambil sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu tokoh agama dari Afrika. Beliau berkahwin pada usia 17 tahun dengan Rokiah Abdul Rahman yang ketika itu berusia 12 tahun. Namun isterinya itu meninggal dunia selepas tiga tahun usia perkahiwnan mereka.
Allahyarham kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Leman.

Beliau mempunyai 16 orang anak namun tiga daripadanya sudah meninggal dunia dan hampir 50 orang cucu. Dalam pada itu Fatimah berkata, keadaan Latiff agak kritikal sejak dua hari lalu dan tidak boleh makan sebaliknya hanya diberikan minuman. “Sejak dua hari lepas arwah tak boleh bercakap. Makan pun tak boleh. Dia diberi minuman saja selain terpaksa dipakaikan lampin dalam tempoh itu,” ujarnya.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak pukul 10 malam Khamis. Terdahulu anaknya, Dilla Borgiba turut berkongsi gambar Allahyarham di laman Instagram pada Khamis sempena ulang tahun ke-80 kelahiran ayahnya itu.

 

Check Also

Biodata Profil Sham Visa Tony Stark Malaysia

Biodata Profil Sham Visa Tony Stark Malaysia

Biodata Profil Sham Visa Tony Stark Malaysia. Pastinya ramai yang kurang mengenali siapa sebenarnya Sham …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.