Latihan Separa Perubatan SPA ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ) Malaysia. Permohonan secara dalam talian perlu lah dibuat menerusi laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Jadi kepada semua yang berminat dan berkelayakan anda mesti mempunyai ciri-ciri berikut. Mempunyai keterampilan yang baik, mempunyai semangat yang tinggi, boleh bekerja dalam kumpulan, mempunyai bakat kepimpinan, mempunyai ciri-ciri diri yang cemerlang dan mempunyai kelayakan atau profesionalisme yang sesuai dengan jawatan ini.
Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam (Latihan Separa Perubatan)
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari 2018 (Ahad) jam 11.59 malam
Untuk memohon sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/deskripsi tugas, sila klik pautan di bawah :
http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan
Syarat Kelayakan:
Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Sekian, terima kasih.