Leicester City 5 Manchester United 3
Keputusan EPL 2014 semalam 21 September 2014 menyaksikan beberapa kejutan apabila beberapa pasukan ternama telah kalah kepada pasukan kelab bawahan atau pertengahan liga.
Paling mendapat tumpuan sudah pastinya kemenangan yang dicapai oleh Leicester City apabila menewaskan Manchester United 5-3 dihadapan penyokong mereka sendiri.
Walaupun pada satu ketika Leicester City ketinggalan 3-1 tetapi mereka telah membuat ‘comeback’ dengan menjaringkan lagi 4 gol selepas itu.
Jika dilihat pada perlawanan malam tadi keputusan pengadil yang memberikan penalti yang tidak sepatutnya telah mengubah rentak permainan kedua pasukan.
Leicester nampak lebih bersemangat dan Manchester United seperti hilang punca dan dibolosi lagi.
Apa-apa pun semua telah pun berlaku Leicester City vs Manchester United keputusannya Leicester City 5 Manchester United 3.
huh! yg den minat yg tu kalah? huhu