Home » HIBURAN » Lelaki Masuk Kain Artis Wanita

Lelaki Masuk Kain Artis Wanita

Rasa terkejut pun ada bila dengar berita ini tadi di radio. Rasa nak gelak pun ada. Tetapi harus diingat ini semua bukan terjadi di Malaysia ya tuan puan semua. Ini berlaku di Cannes, Perancis.

Lelaki masuk kain artis wanita ini berlaku semasa acara karpet merah berlangsung. Untuk berita lanjut kita baca apa yang dilaporkan oleh Kosmo tentang cerita lelaki masuk kain artis wanita tersebut.
CANNES, Perancis – Aktres terkenal, America Ferrera terkejut selepas seorang lelaki masuk ke dalam kain yang dipakainya ketika menghadiri Festival Filem Cannes di sini pada Jumaat lalu.

Lelaki dari Ukraine tersebut, Vitalii Sediuk merangkak dan memasukkan kepalanya ke dalam kain Ferrera ketika wanita itu bersama beberapa artis lain bergambar pada acara karpet merah.

Beberapa pengawal keselamatan yang menyaksikan perkara itu bertindak menarik Sediuk tetapi lelaki berkenaan terus memegang kaki Ferrera menyebabkan aktres tersebut terkejut.

Ferrera, 30, yang mempromosikan filem terbarunya, How to Train Your Dragon 2 kelihatan tenang dan mampu tersenyum selepas kejadian itu.

Sediuk sebelum ini pernah dihukum penjara kerana suka membuat lawak dengan beberapa artis terkenal termasuklah Bradley Cooper, Leonardo DiCaprio dan Adele.

Dia juga pernah ditampar aktor terkenal, Will Smith apabila cuba mencium pelakon itu ketika tayangan perdana filem Men in Black III di Moscow, Rusia pada tahun 2012. – Kosmo

Macam-macam hal kan kalau kat Malaysia la lelaki masuk kain artis wanita dah lama kena sepakan padu maut kot.

Check Also

Gambar Bayi Lelaki Datuk Seri Siti Nurhaliza

Gambar Bayi Lelaki Datuk Seri Siti Nurhaliza

Gambar Bayi Lelaki Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tahniah diucapkan kepada Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.