Home » BERITA » Lelaki Pedofilia Ganggu Budak Perempuan Ditangkap

Lelaki Pedofilia Ganggu Budak Perempuan Ditangkap

Lelaki Pedofilia Ganggu Budak Perempuan Ditangkap. Seorang lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka, Rabu lalu, akhirnya ditahan polis, 15 Julai 2019 yang lepas.

Lelaki Pedofilia Ganggu Budak Perempuan Ditangkap
Lelaki Pedofilia Ganggu Budak Perempuan Ditangkap

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, buruh binaan berusia 54 tahun warga Indonesia itu ditahan jam 1.15 tengah hari di sekitar Bandar Country Homes, Rawang.

Katanya, pihaknya turut merampas pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

“Suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Dia (suspek) akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, portal berita Harian Metro melaporkan perbuatan lelaki dengan menggesel punggung mangsa berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Country Homes, Rawang.

Perbuatan itu dilakukan ketika mangsa bersama adiknya ke rak di bahagian belakang sebelum dihampiri suspek.

Terdahulu telah tular di media sosial satu video berkaitan dengan kes ini dan polis telah melancarkan gerakan memburu suspek.

Kanak-kanak perempuan menjadi mangsa serangan seksual lelaki di sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Country Homes, Rawang Rabu lalu.

Dalam kejadian 6.19 petang itu, mangsa berusia sembilan tahun ke premis terbabit bersama ibu dan adiknya.

Difahamkan, mangsa pergi ke rak bahagian belakang sebelum dihampiri lelaki itu dan melakukan serangan seksual.

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima laporan pada 8 malam Jumaat lalu.

Katanya, suspek melakukan gangguan seksual dengan menggesel punggung mangsa.

“Suspek kemudian terus melarikan diri. Kami sedang berusaha mengesannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi media. -Metro-

Check Also

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia. Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.