Home » BERITA » Lelaki Tampar Wanita Kedai Runcit Dipenjara

Lelaki Tampar Wanita Kedai Runcit Dipenjara

Lelaki Tampar Wanita Kedai Runcit Dipenjara 5 bulan. Anda masih ingat dengan satu video yang viral baru-baru ini? Video di mana seorang lelaki kelihatan mengasari dengan menampar seorang wanita bertudung di sebuah kedai. Nampaknya kuasa viral juga membantu wanita tersebut apabila beliau mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Lelaki Tampar Wanita Kedai Runcit Dipenjara
Lelaki Tampar Wanita Kedai Runcit Dipenjara

Lelaki tersebut dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Tertuduh, Lim Chin Ghee, 46, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa, Nor Azirah Aziz, 28, dengan cara menamparnya di Ria Mart Setia Triangle, Bayan Lepas pada jam 9.29 pagi, 8 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 232 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lim yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai tukang cuci itu kemudian dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM1,000.

Nur Azzuin dalam penghakimannya menyifatkan hukuman itu adalah sebagai pengajaran kepada orang ramai yang tidak dapat mengawal emosi sehingga bertindak mencederakan orang lain. -SUMBER-

Check Also

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Bermula 17 September 2019, tiada lagi bangunan Hospital Bersalin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.