Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa di mahkamah. Betul lah kata orang-orang tua dahulu. Kerana mulut badan binasa. Begitulah yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki ini. Tetapi bukan kerana mulut tetapi kerana tweet badan binasa.

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Begini kisahnya, Seorang lelaki yang membuat ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol orang asli dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Zikri Ibrahim, 29, yang bekerja sebagai pegawai pemasaran itu mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zikri didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter dengan menggunakan profil akaun ‘Zikri Armstrong’ telah dengan sengaja mengaibkan dan secara telah sedar membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan kepada masyarakat orang asli dengan maksud akan memecahkan dan menggugat keamanan awam.

Ciapan tersebut iaitu ‘perogol Norra Anne adalah orang asli. ‘Police will never find the killer cuz most orang asli don’t have IC or any sort citizen data. Bet me.’

Kesalahan itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Tingkat 27, Menara KPJ di sini pukul 8.30 malam pada 14 Ogos lalu.

Dakwaan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Mohammad Syazwan Mohd. Salleh memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan jumlah itu terlalu tinggi.

“Tertuduh akan dijamin oleh bapanya dan bersedia pada bila-bila masa untuk datang ke mahkamah dan memberi kerjasama,” katanya.

Majistret Noorasyikin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes.

Pada 16 Ogos lalu media melaporkan bahawa polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol orang asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban ketika dia hadir untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Mayat Nora Anne ditemui kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. -SINAR-

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet  

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.