Home » BERITA » Lesen Penerbangan Udara Rayani Air Dibatalkan

Lesen Penerbangan Udara Rayani Air Dibatalkan

Lesen Penerbangan Udara Rayani Air Dibatalkan
Lesen Penerbangan Udara Rayani Air Dibatalkan

Lesen Penerbangan Udara Rayani Air Dibatalkan. Pastinya ramai rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Rayani Air adalah satu syarikat penerbangan yang dikatakan patuh syariah sebelum ini. Tetapi dalam beberapa bulan operasi Rayani Air pelbagai masalah yang dihadapi oleh penumpang. Masalah utama Rayani Air adalah membatalkan penerbangan penumpang mereka tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Itu antara salah satu masalah dalam Rayani Air sebelum ini.

Sebelum ini perkhidmatan Rayani Air digantung seketika. Tetapi hari ini telah pun dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia bahawa lesen perkhidmatan udara Rayani Air digantung. Apalah nasib pekerja Rayani Air sekarang. Apa lagi dengan suasana datangnya Aidilfitri tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) hari ini membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air. Dalam satu kenyataan, suruhanjaya penerbangan itu berkata Rayani Air telah melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial. “Rayani Air tidak lagi boleh beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial berkuat kuasa hari ini. – BERNAMA

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.