Home » BERITA » Lif PPR Kerinchi Terhempas 8 Orang Cedera

Lif PPR Kerinchi Terhempas 8 Orang Cedera

Lif PPR Kerinchi Terhempas 8 Orang Cedera. Berita yang mengejutkan kita semua rakyat Malaysia pada hari ini. Kejadian ini jarang berlaku sebenarnya di negara kita bukan?

Lif PPR Kerinchi Terhempas 8 Orang Cedera
Lif PPR Kerinchi Terhempas 8 Orang Cedera

Seramai lapan mangsa mengalami kecederaan selepas lif sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, ibu negara terhempas dari tingkat lima bangunan itu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 petang, pada Jumaat.

“Seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, bomba mendapati sebuah lif terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah bangunan dan terdapat lapan mangsa yang terperangkap di dalam lif berkenaan.

“Mereka terdiri daripada enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyatakan empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah kaki manakala mangsa selebihnya mengalami kecederaan bahagian pergelangan kaki.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Punca kejadian masih dalam siasatan. -Buletin Awani-

Check Also

Sekolah Di Putrajaya Ditutup 17 September 2019

Sekolah Di Putrajaya Ditutup 17 September 2019

Sekolah Di Putrajaya Ditutup 17 September 2019 akibat jerebu. Akibat daripada masalah jerebu yang melanda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.