Home » SUKAN » Liga Malaysia Ditangguh Akibat COVID 19

Liga Malaysia Ditangguh Akibat COVID 19

Liga Malaysia Ditangguh Akibat COVID 19. Presiden FAM & MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengumumkan bahawa perlawanan CIMB Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia & MPFL 2020 pada Jumaat, Sabtu & Ahad ini akan berlangsung TANPA penonton.

Liga Malaysia Ditangguh Akibat COVID 19
Liga Malaysia Ditangguh Akibat COVID 19

Seterusnya, berkuatkuasa Isnin, 16 Mac 2020, semua pertandingan anjuran FAM & MFL termasuk perlawanan Shopee Piala FA Malaysia & Piala Presiden 2020 adalah DITANGGUHKAN ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian

Demi kepentingan dan kesejahteraan semua pihak khususnya rakyat Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah memutuskan untuk menangguhkan kesemua perlawanan saingan Liga Malaysia 2020 berkuatkuasa Isnin ini (16 Mac 2020).

Keputusan menangguhkan perlawanan domestik itu turut membabitkan saingan liga amatur kelolaan Amateur Football League (AFL) serta pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) kelolaan FAM.

Hasil keputusan dicapai secara perbincangan bersama dengan Rakan Kongsi Liga, wakil Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan penaja di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Presiden FAM dan MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, pihaknya hanya membenarkan perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier berlangsung pada minggu ini tanpa penyokong sebelum menangguhkan aksi domestik sehingga tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

“Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas hari ini, perlawanan keempat CIMB Liga Super, Liga Premier, Piala Belia dan MPFL 2020 yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, Sabtu dan Ahad akan diteruskan namun tanpa penyokong di stadium susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

“Selepas perlawanan keempat CIMB Liga Super dan Liga Premier minggu ini, kami membuat keputusan untuk menangguhkan saingan Liga Malaysia 2020 termasuk saingan Shopee Piala FA dan kejohanan kelolaan FAM sehingga pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Walaupun perlawanan minggu ini diteruskan namun kami memandang serius mengenai isu COVID-19 dan langkah berjaga-jaga diambil dengan aksi di stadium kosong. Selain itu pihak kami telah memberikan garis panduan bermain stadium tanpa penyokong kepada setiap pasukan. Ia keputusan sukar tetapi saya percaya ini adalah yang terbaik untuk pemain, pegawai, penyokong dan keseluruhan industri bola sepak tanah air.

“Justeru, bermula Isnin depan, kesemua perlawanan domestik ditangguhkan sehingga isu COVID-19 selesai selepas mendapat khidmat nasihat daripada KKM untuk menjalankan semula pertandingan. Semua pasukan sudah pun dimaklumkan mengenai keputusan ini dan mereka jelas memberikan sokongan penuh,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Haji Hamidin memberitahu pasukan kebangsaan tidak akan menjalani latihan pusat selain mengesahkan tiada perlawanan persahabatan sepanjang bulan ini selepas mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Tambah lagi Datuk Haji Hamidin, beliau berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama termasuk pengendali liga sosial sebagai usaha menangani isu serius iaitu wabak COVID-19 yang semakin merebak dalam negara.

“Kami sebelum ini memiliki perancangan untuk mengisi perlawanan domestik ke dalam slot perlawanan antarabangsa memandangkan tiada sebarang perlawanan persahabatan yang melibatkan pasukan kebangsaan pada bulan ini.

“Namun cadangan itu tidak dapat diteruskan kerana kita mahu mengutamakan keselamatan semua pihak kerana kita sedar wabak COVID-19 ini adalah permasalahan global, maka kami harus mengambil langkah proaktif dan harus melaksanakan keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan semua pihak.

“Kami berharap dengan keputusan yang dicapai hari ini dapat meleraikan tanda tanya pasukan, penyokong mengenai status Liga Malaysia musim 2020 dan kami yakin keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama dalam usaha kita mencegah wabak COVID-19 ini daripada terus merebak.

“Saya juga ingin mengingatkan dan menasihatkan kepada persatuan bola negeri yang menjalankan liga-liga negeri dan juga pengendali liga sosial supaya mematuhi arahan ini dengan menangguhkan sebarang aktiviti luar kerana wabak ini cepat menular.

“Marilah kita semua berdoa agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani segera dan kita akan dapat meneruskan semula saingan bola sepak di negara kita ini dan juga aksi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa seperti biasa,” katanya. – FAM

Check Also

Wabak Covid 19 Pemain JDT Potong Gaji 33%

Wabak Covid 19 Pemain JDT Potong Gaji 33%

Wabak Covid 19 Pemain JDT Potong Gaji 33%. Semua Pemain, jurulatih dan kakitangan skuad Johor …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.