Home » Uncategorized » Lions XII Juara Liga Super Malaysia 2013

Lions XII Juara Liga Super Malaysia 2013

SINGAPURA: Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII  mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini menjadi milik mereka selepas membelasah Felda United, 4-0 di Stadium Jalan Besar malam tadi.

Kemenangan ke-12 daripada 21 perlawanan yang dicatatkan oleh skuad bimbingan V Sundramoorthy  itu membolehkan mereka dinobat juara buat kali pertama dengan mengumpul 43 mata meskipun berbaki satu lagi perlawanan.
Kekalahan itu pula menyaksikan Felda United bakal diturunkan beraksi dalam Liga Perdana musim depan bersama Negeri Sembilan selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.

Empat gol Lions XII pada perlawanan itu dijaringkan oleh Azrul Ahmad yang menjaringkan gol sendiri daripada tendangan Shahril Ishak pada minit ke-47 sebelum Shahril meledak gol kedua (m-57), Fazrul Nawaz (m-60), dan Shahfiq Ghani (m-83).

SINAR HARIAN

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

3 comments

  1. Yg Ni liga AP plak? Cmpur ngn Singapore? Blur bab bola..haha

  2. Liga malaysia. singapore yg mng. adesss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.