Home » SUKAN » Liridon Krasniqi Sah Menjadi Warganegara Malaysia

Liridon Krasniqi Sah Menjadi Warganegara Malaysia

Liridon Krasniqi Sah Menjadi Warganegara Malaysia. Peminat-peminat bola sepak Malaysia terutama peminat pasukan Kedah pasti sudah tidak asing lagi dengan nama Liridon Krasniqi.

Liridon Krasniqi Sah Menjadi Warganegara Malaysia
Liridon Krasniqi Sah Menjadi Warganegara Malaysia

Popular dengan panggilan Wak Don dikalangan peminat bola sepak tempatan berita ini sudah pasti menggembirakan kem bola sepak kebangsaan yang memerlukan khidmat pemain naturalisasi seperti Liridon Krasniqi.

Jom sama-sama baca kenyataan yang dibuat oleh Encik Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi petikan dalam laman FB FAM.

Program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila Liridon Krasniqi, pemain tengah berasal dari Kosovo, hari ini secara rasminya telah pun menjadi warganegara Malaysia.

Inisiatif dan idea ke arah pengambilan pemain naturalisasi ini mula dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018.

Ia seterusnya mula digerakkan menerusi pembentukan Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan disusuli mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat – jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac 2019.

Untuk itu, FAM dengan rasa berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Liridon telah sah memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian selepas beliau menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, sebentar tadi.

Dengan memperoleh MyKad dan bergelar warganegara Malaysia, Liridon yang genap berusia 28 tahun pada 1 Januari 2020 kini selangkah sahaja lagi untuk layak menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi iaitu hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.

Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan.

FAM juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin serta para pegawai dari Kementerian Dalam Negeri yang telah banyak membantu sepanjang proses untuk Liridon mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian ini.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Liridon.

Check Also

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020. Berita baik untuk semua kaki sukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.