Home » BERITA » Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. Mari seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyaksikan istiadat ini secara langsung yang dibawakan oleh pihak RTM.

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah
Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir dinasihatkan memakai songkok berlilit putih dan baju serta seluar hitam bagi lelaki, manakala wanita pula berpakaian sopan labuh serba hitam dan mengenakan tudung atau selendang.

Istiadat penghormatan terakhir oleh pemimpin negara termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kabinet dan kerabat Diraja serta pemimpin luar negara ke atas jenazah Paduka Ayahanda Sultan Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar akan bermula jam 11 pagi Khamis.

Dijangkakan istiadat pemakaman jenazah Paduka Ayahanda Sultan Pahang dijalankan di Makam Diraja Pekan, bersebelahan Masjid Sultan Ahmad Shah, Jalan Pekan-Rompin antara pukul 1.30 ke 2.30 petang Khamis.

Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Sultan Ahmad selepas solat Zohor.

Check Also

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia. Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.