Luahan Fizo Omar Berkaitan Komen Henta - Berita Viral Terkini
Home » HIBURAN » Luahan Fizo Omar Berkaitan Komen Hentam Fareeda di Media Sosial

Luahan Fizo Omar Berkaitan Komen Hentam Fareeda di Media Sosial

Berikutan kes rampasan barangan tiruan tudung Fareeda dan tindakan saman akan diambil kepada penciplak design tudung Fareeda maka bertebaran lah komen-komen di media sosial yang menghentam dan menyokong tindakan syarikat Fareeda ini.

Disebabkan itu Fizo telah meluahkan perasaannya di page FB beliau dan menggelarkan sesiapa yang menghentam Fareeda adalah KW atau Keyboard Warriors.

Jom kita sama-sama baca.

Salam dan selamat petang semua.Bila membaca komen2 dari anda semua berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA..Nyata Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage baru2 ini..lalu tergerak hati saya untuk membalas komen2 yang positive dan juga negative dari anda semua.Sebelum itu saya rasa layak untuk saya bersuara selaku suami kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN BHD iaitu Mawar Abd Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n PR department of the company.Saya terima secara positive segala komen dan tomahan mahupun hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan juga brand FAREEDA itu sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan,SIZE tudung,dan juga HARGA tudung di pasaran.Cuba anda meletakkan diri anda sebagai peniaga dan juga pengasas terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri.Apabila usaha penat lelah anda bertahun-tahun,siang malam memikirkan idea creative untuk menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan telah banyak berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk terus berada dihadapan didalam industri tudung di malaysia.Dan tiba2 anda tahu ada sesetengah pihak yang kuarang bertanggungjawab meniru atau menciplak idea anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut keuntungan di atas sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu.di mana sikap tersebut boleh merosak imej dan juga branding produk anda.BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan anda?Sedangkan ada dikalangan mereka merupakan bukan warga negara malaysia dan bukan beragama islam,maksud saya kegiatan ini dibuat didalam negara dan juga luar negara.Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di buat seratus peratus di malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki bersama FAREEDA.Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA di pasaran.Sebenarnya harga dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi saya di fahamkan ada yg menjual sehinnga RM 200 lbh di butik mahupun online(reseller n dealer).saya tidak menyalahkan mereka kerana pengorbanan mereka utk mendapatkan tudung ekslusif dr FAREEDA bkn senang.mereka terpaksa beratur untuk mendapatkan angka giliran utk mendapatkan tudung tersebut malah ada yang sanggup bermalam di hadapan butik kami utk mendapatkan nombor giliran utk membeli tudung dan mereka menjualnya kepada pembeli terutamanya di online.secara positive nya apa saya nampak.pihak FAREEDA telah meyujudkan peluang perniagaan kepada mereka demi mencari rezeki. dan mereka mencari rezeki yang halal.Dan untuk pengetahuan semua pihak FAREEDA telah membelanjakan hampir RM4 juta semenjak hujung tahun lepas demi mempromosikan tudung dan juga brand FAREEDA itu sendiri sehingga membuatkan FAREEDA menjadi tudung esklusif no1 di malaysia.Jadi harga yg diletakkan adalah berbaloi dgn apa yang kami belanjakan dari segi penjenamaan yang telah dilakukan oleh pihak FAREEDA.Harga tudung utk menutup aurat dijadikan isu,bagaimana pula yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg atau kasut yang mahal yang berjenama besar terutamanya produk luar negara yang dibangga banggakan dan terang2 ia bukannya produk kita sesama islam yang tidak pernah menjadi isu kpd pembeli.Berkaitan dengan SIZE tudung pula,ada yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup aurat.tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej FAREEDA.Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai SIZE mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan.Cuma permintaan tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose,isteri saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA.Jadi jikalau anda tidak pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA.ANda boleh datang ke butik kami dan memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda dalam menutup aurat dan juga berfesyen.Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn kerjasama KPDNKK merampas tudung tiruan itu adalah tindakan sewajarnya demi menyerdarkan pihak2 yang tidak bertanggung jawab dan tidak beretika dlm berniaga.Tidak ada sikit puan niat utk menutup rezki pihak lain seperti mana yang dikatakan oleh anda yang berkenaan.Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup aurat dan bersaing secara sihat dalam berbisness dan juga mencari rezki yang halal.Diharap coretan sya ini tidak mengguris hati dan perasaan sesiapa yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau ada tersalah ckp ataupun jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu sendiri.Sila hentikan KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan keperibadiaan anda sendiri.lebih baik kita terus berfikiran positive dan menyokong kita sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara kita.sekian terima kasih.

p/s : bini den pakai paridot dot dot je

Check Also

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha  

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha. Pastinya anda seakan mengenali pelakon muda berhijab ini tetapi …

2 comments

  1. ahahaa ai pakai polkadot..

  2. Assalammualaikum.. phat,

    siapa pun pasti marah jika hakcipta di copy… walaupun janji berbaloi kan.. belilah yang ori… kita kena sokong industri kita..yer tak. ..

    mselim3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.