Home » BERITA » MABA Mohon Maaf Isu Bendera Malaysia Salah

MABA Mohon Maaf Isu Bendera Malaysia Salah

MABA Mohon Maaf Isu Bendera Malaysia Salah. Lepas satu satu isu yang melibatkan bendera kebanggaan kita Jalur Gemilang. Kali ini bendera Jalur Gemilang telah diperlekehkan oleh satu persatuan sukan iaitu MABA dalam satu acara perasmian baru-baru ini.

MABA Mohon Maaf Isu Bendera Malaysia Salah
MABA Mohon Maaf Isu Bendera Malaysia Salah

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam laman webnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pencinta sukan bola keranjang di atas kesilapan Jalur Gemilang ketika upacara pembukaan Piala Lum Mun Chak MABA, semalam.

MABA dalam kenyataan di Facebook berkata, krew siaran langsung tersilap memaparkan bendera pada skrin besar ketika upacara itu.

“Kami minta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini,” katanya.

Pada masa sama, MABA turut menegaskan kesungguhan mereka membangun dan memajukan lagi sukan bola keranjang di negara ini.

Namun permohonan maaf yang dibuat melalui laman facebook MABA memang mendapat kecaman netizen.

Antara komen netizen di laman FB MABA :-

sembang salah flag…bukan yg jaga komputer utk display tu tak pernah tengok bendera Malaysia…takkan tak tau bintangnya macam mana..takkan kat sekolah tak pernah ajar..takkan organizer tak pernah tengok any video or apa yg di displaykan sebelum paparkan?ini semua sembang kari kata tak tau..lepas tu minta maaf..tak tau bendera Malaysia, jangan duduk Malaysia..Memang dulu belajar Bahasa Melayu, “Sekian, Terima Kasih” sahaja ke?

Shame on you.. dah la nama malaysia basketball association bendera negara sendiri pun salah. Nak mohon maaf tak pun tak guna bahasa malaysia.. english lepas tu chinese.. apa kau tahu ‘sekian terima kasih’ je ke? Tukar nama persatuan la…jgn la guna malaysia.

untuk melihat lebih banyak kecaman sila ke laman FB MABA

Kesilapan Grafik Bendera Malaysia di Kejohanan Bola Keranjang

Sudah beberapa kali isu bendera Malaysia dipermainkan? Lepas buat salah minta maaf. Anda ni rakyat Malaysia ke rakyat negara lain?

Dikirim oleh Berita Viral Terkini Malaysia pada Senin, 25 November 2019

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.