Home » BERITA » MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi

MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi

MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi
MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi

MAHA 2016 atau nama penuh singkatan ini iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2016 yang telah berlangsung di MAEPS Serdang bermula dari 1 Disember hingga 11 Disember 2016 yang lepas telah mencatatkan sejarah yang tersendiri. Tidak lain tidak bukan iaitu MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi sepanjang MAHA diadakan.

Menurut laporan Berita Harian seramai 3.7 juta pengunjung telah direkodkan telah mengunjungi MAHA 2016 sepanjang tempoh berlangsungnya MAHA 2016 selama 11 hari. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek nilai jualan pada MAHA 2016 juga sangat memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. “Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus. “Pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA,” katanya.

Untuk maklumat tambahan, bagi yang kurang tahu apa itu MAHA 2016 penulis kongsikan serba sedikit info untuk anda semua. MAHA 2016 adalah tempat di mana pengunjung boleh mendapatkan pelbagai info  bersepadu dalam bdiang agro-pelancongan, perdagangan agro dan gaya hidup agro tidak ketinggalan pihak kerajaan ingin memperkenalkan pelbagai inovasi terkini dan kemajuan teknologi berkaitan dengan bidang pertanian. Mengambil langkah awal bahawa menerajui eksport makanan adalah amat penting dengan pertanian sebagai penjana berpendapatan tinggi. Motivasi usahawan muda untuk mengambil bahagian dalam industri berasaskan pertanian sebagai kerjaya pilihan mereka juga diutamakan untuk membawa industri ke tahap yang baru.

Penulis tidak berkesempatan untuk ke MAHA 2016 tetapi melalui perkongsian daripada rakan-rakan penulis dan pembacaan dari pihak media sememangnya penganjuran MAHA 2016 memang mencatatkan pelbagai sejarahnya yang tersendiri. Tidak hairan lah setelah selesai MAHA 2016 3.7 juta pengunjung dicatatkan di MAHA 2016. Tahniah untuk semua pihak yang terlibay terutamanya kepada Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Untuk lebih gambar menarik sila layari https://www.facebook.com/maha.gov.my 

Jangan lupa untuk saksikan video di bawah ini juga. Seronok betul semua pergi MAHA 2016.

 

 

Check Also

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari. Anda dah tengok video bangga mereka ini merosakkan barang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.