Home » Uncategorized » Mahasiswi Malaysia Diculik dan Dirogol 3 Lelaki Bergilir-gilir di Indonesia

Mahasiswi Malaysia Diculik dan Dirogol 3 Lelaki Bergilir-gilir di Indonesia

 Gambar Hiasan

Pelajar Malaysia Diculik dan Dirogol 3 Lelaki Bergilir-gilir di Indonesia

JAKARTA: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti
Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum
ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak
kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan
mahasiswi itu mengaku dia dirogol oleh tiga lelaki dalam kereta.

“Mereka bergiliran. Yang tidak melakukan itu katanya pemandu kereta,”
kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan seperti dipetik oleh detik.com
pada Selasa.

Laporan itu juga menyebut mahasiswi berkenaan
masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat di Hospital Hasan
Sadikin di Bandung.
Portal berita yang sama sebelum itu
mengesahkan identiti mahasiswi berkenaan dengan pihak Universiti
Padjadjaran. Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian
tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.
Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar
rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh
daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi
berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak
dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan
menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Polis setakat ini masih menunggu laporan pemeriksaan doktor di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.-Awani-

p/s : semoga pelaku nya dapat ditangkap

Check Also

Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2020

Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2020

Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2020. Liga bola sepak Malaysia akan bermula dengan …

One comment

  1. brengsek punya perogol!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.