Home » Uncategorized » Makan Coklat Cadbury Umat Islam Tidak Perlu Tukar Darah – Dr MAZA

Makan Coklat Cadbury Umat Islam Tidak Perlu Tukar Darah – Dr MAZA

 

Makan Coklat Cadbury Umat Islam Tidak Perlu Tukar Darah – Dr MAZA

Ada isu semalam di mana ada NGO secara terangan di media massa mengeluarkan statement dan dan menunjukkan kekecewaan ditipu oleh Cadbury selama ini.

Sehingga ada yang mengeluarkan statement berkenaan bagaimana dengan darah umat islam yang makan coklat cadbury sebelum-sebelum ini.Perlu ke cadbury bertanggung jawab untuk tukar darah mereka semua.

Jadi Dr MAZA melalu FB beliau ada respons terhadap situasi yang lebih kurang aku ceritakan di atas jadi kita baca dan fahami.

“Membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan. Namun, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama. 

Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.

Malangnya, dalam masa yang sama kita tidak pula bising habis-habisan dalam perkara yang jelas haram seperti riba, korupsi, judi, salah guna harta awam dan seumpamanya.


Inilah fahaman Islam yang hanya terasa ‘haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi.”

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Mudah dan dipermudahkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.