Maksud Sebenar Perdana Menteri Interim. Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan Perdana Menteri Interim. Seperti semua sedia maklum bahawa semalam Perdana Menteri Tun M telah meletakan jawatan sebagai YAB Perdana Menteri Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima perletakan jawatan tersebut. Tetapi selepas itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.
Maksud perkataan ini:
[in.te.rim]| اينتريم
Definisinya : bersifat sementara (sehingga satu penyelesaian yg mantap dicapai): perjanjian ~; buku ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
DYMM YDPA bersetuju melantik Tun sbg PM Interim sementara menunggu perlantikan PM baru selaras dgn Perkara 43(2)(a) yg mengikut Perlembagaan Persekutuan…
Selaku PM Interim,beliau akan mengurustadbirkan negara sehingga PM dan ahli kabinet yg baru dibentuk…Boleh faham kot?
PM Interim mempunyai semua kuasa yg diletakkan dibawah pejabat Perdana Menteri.Tiada had tempoh PM interim ni.Yg juga boleh memutuskan dan menentukan atas budi bicara nya utk sebarang perlantikan menteri kabinet…
Dalam persidangan dewan rakyat yg akan berlangsung pada 10 Mac ini,suatu usul undi percaya boleh juga digerakkan terhadap PM interim atau sesiapa sahaja
Baca Perlembagaan Malaysia di : SINI