Home » Uncategorized » Malam Tenun Pahang Diraja 2013 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

Malam Tenun Pahang Diraja 2013 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

 

Pada malam khamis lepas 20 Jun 2013 telah berlangsung satu event Malam Tenun Pahang Diraja 2013 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.

Jadi urusetia untuk event ini adalah Kraftangan Malaysia tempat dimana aku bekerja. Bos pilih aku sebagai salah seorang anggota kerja protokol untuk malam tersebut. Sebenarnya dari beberapa bulan sebelum event aku dah terlibat hadir beberapa meeting dengan bos aku hihi.

Jadi malam tersebut ada majlis makan malam, fashion show, pelancaran buku oleh Muzium Pahang, persembahan artis dan juga penyampaian hadiah pertandingan rekaan tenun pahang diraja.Fashion show dengan fabrik tenun mengenengahkan rekaan Puan Rodziah dari Kraftangan Malaysia, Rizalman, Jovian Mandagie dan Datin Sharifah Kirana.

Tetamu kehormat pada malam tersebut ialah Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang. Aku sempat la ambil gambar ngan Tengku Puan. Tak lupa juga bergambar dengan emcee Dato’ Yasmin Yusoff 😉

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. wow bestnya Phat dpt jumpa tetamu2 terhormat 😉

Leave a Reply to ZazaMyMoon Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.