Home » SUKAN » Malaysia Kalah Lagi

Malaysia Kalah Lagi

Assalamualaikum WBT

Semalam ada friendly match antara Malaysia vs Thailand.Kira-kira jam 7 malam waktu Malaysia. Dan disebabkan itu aku terus balik awal selepas setelkan repair kereta aku..bukan apa cuma nak tengok eksperimen coach Raja menjadi ke tak..AFF tak lama lagi..Malaysia plak penyandang juara tu..Malaysia Kalah Lagi.

Dalam 10 minit pertama permainan agak seimbang tetapi jika diikutkan kepada percubaan pasukan tuan rumah Thailand lebih banyak menguasai. Apa yang aku tengok la pemain Malaysia langsung tidak kreatif dalam merancang serangan.

Malaysia Kalah Lagi
Malaysia Kalah Lagi

Mereka selalu kehilangan bola kepada pihak lawan. Mungkin ketiadaan perancang utama iaitu Safiq Rahim sedikit merencatkan permainan Malaysia..tapi bagi mereka yang sama sama menonton perlawanan malam tadi pasti korang setuju ngan aku kan.?? Malaysia tidak bermain sebelum-sebelum ini..

Pemain Malaysia seperti tiada keyakinan untuk memegang bola dan merencanakan serangan. Selepas kemasukan Gopi dengan Fakri permainan ada sedikit perubahan.

Kesudahan nya Malaysia tewas 0 – 2 kepada Thailand malam tadi..Kesian kepada striker Malaysia si Safee dan Mat Yo sebab langsung tak dapat bola yang patut seorang striker dapat daripada pemain tengah atau sayap..malam ni kita tunggu Nadi Arena untuk dengar komen Coach Raja 😉

p/s : kalah atau menang tetap sokong Harimau Malaya

Check Also

Live Streaming Selangor vs Melaka United

Live Streaming Selangor vs Melaka United

Live Streaming Selangor vs Melaka United 14 September 2019. Aksi Piala Malaysia bersambung semula minggu …

28 comments

  1. Blah lah gopal.. Target hanya utk pertahan juara piala suzuki sahaja. Kalau mcm tu tak kemana bola sepak Msia

  2. biar mereka belajar dr kesilapan

  3. takpe….. teruskan perjuangan harimau melaya……

  4. Saya kenal pemain saya.. hehe

  5. usehe tangga kejayaan kan..yg penting jgn biarkan semangat mudah mengaah mereka..yeah !!~ 😀

  6. tu la..dah dua game kalah kalau tak salah aku.. dua game berturut2.

  7. hum..

    walau kalah nana tetap sokong pasukan harimau Malaya…

    bangga jadi org malaya…eh

  8. ceh, ingatkan memang.haha tkpa. malaysia tetap juara dihati rakyat. 🙂

  9. patut la bising je kat restoren..pasai nie rupenye…

  10. alamak kalah 0-2 ek ? hemm takpe2 moga2 nti AFF mlysia buat sgguh2.. hiyakkk ~ =P

  11. xpe la mungkin untuk piala AFF malaysia akan guna taktik baru 🙂

  12. Malas nak tengok sebab dah tau permainan mesti hampeh..sorry to say player malaysia ni manja sangat,baru menang satu dah bagi macam2…permainan takde la teror mane pon! Memalukan

  13. yeah. harimau malaya tetap di hati…
    aku x tgk game hari tu

  14. malaysia makin menurun skrng kan…

  15. chayok2 harimau malaya.. practice make perfect. go back n practice. eh..? hehehe.. xpe, yg pnting semgt juang perlu ada. Berjuang bermati-matian HM~!

  16. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya 🙂

  17. Takpe. Berusaha lagi selagi mampu. Malaysia boleh !

  18. Huhuhu..smlm bola seri. Hoki plak kalah.. Acaner ni?!

  19. Senang je nak selesaikan masalah ni. Semua jawatankuasa tertinggi FAm, letak jawatan termasuk Presiden FAM. Letak jawatan semua. Dan digantikan dengan mereka yang betul2 arif tentang bolasepak dan pernah bermain bolasepak untuk negara. Jawatan FAM bukan untuk ahli politik mahupun kerabat diraja. Nak maju dalam bolasepak, ikut cara pengurusan bolasepak bagi negara yang dah maju dan gah dalam arena ini. Semuanya disandang oleh bekas pemain bolasepak terulung. Jika FAM mengikut jejak persatuan bola sepak negara yang dah maju, confirm Malaysia boleh bangkit dari kemunduran. Saya sokong Harimau Malaysia tapi saya tidak sokong Harimau Malaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.