Home » BERITA » Malaysia Mari Sama-Sama Doakan Acap Selamat

Malaysia Mari Sama-Sama Doakan Acap Selamat

Malaysia Mari Sama-Sama Doakan Acap Selamat. Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau lebih dikenali sebagai Acap sudah hampir 10 hari hilang selepas menyertai Gopeng Ultra Trail.

Malaysia Mari Sama-Sama Doakan Acap Selamat
Malaysia Mari Sama-Sama Doakan Acap Selamat

Sejak kehilangan Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor itu dilaporkan, ahli keluarganya berkumpul di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa, selain turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Abangnya, Mohd Zahiruddin, 35, berkata mereka sekeluarga tidak pernah putus harapan dan akan terus berusaha mencari Acap setiap hari tidak kira waktu hingga jumpa.

“Ibu ada sakit jantung, tetapi semangatnya kuat untuk mencari Acap, termasuk mendaki bukit serta masuk hutan walaupun pada waktu malam.

“Kami sekeluarga sejak dari awal hingga kini masih berusaha mencarinya dengan menyelusuri laluan larian, kawasan sungai dan hutan bersama pasukan SAR serta penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, ibu bapanya serta kakak dan adik-adik turut membantu mencari dan mereka menetap di inap desa berhampiran bagi memudahkan urusan pencarian.

“Selain menyertai operasi mencari kami turut berusaha cara perubatan Islam dengan mendapatkan bantuan ustaz serta ibu juga tidak pernah putus membuat solat hajat memohon agar Acap segera ditemui.

“Belum ada sebarang petunjuk setakat ini mengenai keadaan dan lokasi adik saya itu berada dan kami mohon orang ramai turut sama agar Acap dapat dijumpai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Acara Gopeng Ultra Trail 2019, Muhammad Irwan Yusuf yang ditemui hari ini berkata, larian terbabit penganjuran kali ketiga sejak 2017 dan laluannya pernah digunakan pada penganjuran program sebelum ini.

“Kalau nak diikutkan laluan itu kawasan kampung, banyak rumah serta kebun, manakala laluan sebelum ke Gua Tempurung pula laluan berbatu yang aktif digunakan penduduk kampung dan pasukan bomba turut mengatakan ia bukan laluan yang berbahaya untuk pelari,” katanya.

Menurutnya, selain membantu operasi mencari pihaknya juga memberi tumpuan kepada ahli keluarga mangsa dengan memastikan segala kebajikan mereka di sini terjaga, termasuk penginapan. -SUMBER-

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.