Home » BERITA » Malaysia Tiada Menteri Tugas Siapa Ambil Alih?

Malaysia Tiada Menteri Tugas Siapa Ambil Alih?

Malaysia Tiada Menteri Tugas Siapa Ambil Alih? Pastinya persoalan ini yang bermain-main di fikiran rakyat Malaysia. Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang tidak. Jadi admin ingin kongsikan kepada pembaca jawapan kepada persoalan ini.

Malaysia Tiada Menteri Tugas Siapa Ambil Alih?
Malaysia Tiada Menteri Tugas Siapa Ambil Alih?

Jawapan kepada persoalan ini adalah tugas menteri diambil alih oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian berkaitan.

Yang Amat Berhormat Perdana menteri interim boleh terus mentadbir negara sepanjang tiga tahun berbaki daripada tarikh sepatutnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), tanpa pembentukan kabinet.

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) Kuala Kangsar, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata, perkara itu dapat dilakukan melalui urusan secara langsung bersama Ketua Setiausaha (KSU) dan ketua pengarah jabatan kerajaan.

Katanya, pentadbiran negara akan terus berjalan dengan perdana menteri sebagai ‘pemandu’ sementara KSU dan ketua pengarah bertindak selaku ‘Career Executive’ yang tidak membabitkan mana-mana ahli politik.

“Mesyuarat kabinet mingguan akan digantikan dengan Mesyuarat Eksekutif bersama KSU-KSU dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mana arahan perdana menteri dan keputusan mesyuarat berkenaan akan terus didengar oleh ahlinya serta dilaksana tanpa melalui menteri seperti kebiasaan sebelum ini.

“Kementerian-Kementerian juga, jika tidak diubah jenama boleh terus berfungsi yang mana menterinya juga adalah perdana menteri.

“Tidak mustahil ia dapat mencetuskan idea untuk Malaysia mengalami suatu sistem baharu yang tidak membabitkan ahli politik dalam pembentukan kabinet,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Nordin berkata, sekiranya hal itu berjalan baik dan berkesan dalam tempoh berkenaan, tidak mustahil rakyat menuntut supaya parlimen akan datang mempertimbangkan rombakan portfolio kabinet.

Katanya, kemungkinan boleh berlaku apabila rakyat meminta portfolio kabinet tidak lagi perlu disandang oleh ahli politik atau orang biasa yang dilantik sebagai senator.

Menurutnya, keselamatan negara juga akan kekal terjaga melalui taat setia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pertahanan negara pula melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Di samping hubungan luar dan diplomatik terus dipelihara oleh duta besar Malaysia di luar negara.

“Ahli kabinet yang dilantik itu pula tidak lagi perlu pulang ke kawasan masing-masing sebagaimana kebiasaan mereka menjaga pengundi, sebaliknya hanya menumpukan kepada prestasi portfolionya sahaja yang meliputi seluruh Malaysia.

“Perdana menteri bebas memilih sesiapa sahaja menjadi ahli kabinet, (khususnya) dalam kalangan yang dirasakannya sebagai anak Malaysia terbaik untuk sesuatu jawatan kabinet,” katanya. -SUMBER-

Check Also

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10,000. Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.