Mantan Menteri Pengangkutan Hargai Pemandu. Anda kenal dengan YB Anthony Loke Siew Fook? Beliau adalah Menteri Pengangkutan semasa kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.
Selepas kemelut politik negara selesai semua jemaah menteri telah pun terbatal kedudukan mereka sebagai menteri dan mereka semua adalah mantan termasuk dengan YB Anthony Lok Siew Fook.
Admin tertarik dengan perkongsian YB di laman facebook beliau yang mana hantaran YB tersebut menghargai pemandu kenderaan beliau semasa beliau bertugas sebagai menteri. Jom kita sama-sama baca.
Orang yang saya paling rindu di Kementerian Pengangkutan…
Namanya Hazril. Beliau ialah pemandu saya sejak hari pertama saya menjejak kaki di MOT. Orangnya pendiam tetapi amat berdedikasi dalam kerjanya. Dalam 21 bulan yang lalu, saya bersama dengan dia hampir setiap hari, Isnin sampai Ahad. Kadang-kala program saya sampai lewat malam tetapi keesokan harinya dia tetap sampai di rumah saya pada awal pagi. Tak pernah complain, tak pernah kata letih. Dia selalu kata , “YB cakap saja nak keluar pukul berapa”.
Saya selalu mendapat pujian daripada penganjur majlis dan wartawan bahawa saya selalu sampai ke majlis lebih awal daripada jadual. Sebenarnya, kredit itu pergi kepada Hazril. Setiap hari, beliau akan check jadual saya untuk esok dan merancang perjalanan. Time managementnya sangat baik. Saya jarang lewat ke mesyuarat atau majlis.
Saya anggap beliau sebahagian daripada pasukan saya di pejabat Menteri. Saya tak pernah biarkan kerusi depan kereta kosong. Kalau bodyguard saya (Wan) cuti, saya akan duduk depan. Kali pertama saya buat begitu, dia terperanjat. Beliau kata tak pernah lihat Menteri duduk depan. Saya kata saya tak kisah sangat protokol.
Saya amat berterima kasih kepada Hazril. Semoga beliau dan isterinya yang juga kakitangan MOT akan berterus berkhidmat secara bersungguh-sungguh. Saya juga harap anak comelnya sentiasa sihat.
Hazril, terima kasih dan sentiasa berhati-hati semasa memandu. Thank you!
Ikhlas dari saya…..Loke