Matt Davies Sah Sertai Johor DT. Matt Davies pemain pertahanan kebangsaan dan juga pasukan Pahang sebelum ini sah milik pasukan selatan tanah air JDT.
Ini semua menjawab persoalan pasukan manakah yang akan disertai oleh Matt Davies setelah satu hantaran dalam akaun instagram beliau semalam menyatakan bahawa beliau tidak lagi bersama pasukan Pahang.
Menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi telah diumumkan bahawa Matt Davies akan bersama pasukan JDT bermula musim 2020.
Perincian tentang kontrak Matt Davies tidak diketahui. Jom kita baca hantaran yang dibuat oleh Davies menerusi instagram beliau :-
Today is a bittersweet day for me, my time at Pahang FA has come to an end. After five seasons with the club and over 150 games I’m saying my farewells. It’s hard to put into words what representing this state meant to me and how hard it will be to part. Pahang will forever have a special place in my heart, I can’t thank my teammates, Pahang FA staff and of course the fans enough.
I want to thank Tengku Muda Pahang for always having faith in me and allowing me to captain this team since 2016, it’s truly been an honour.
Hari ini merupakan hari yang pahit manis bagi saya kerana terpaksa memberitahu bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bersama pahang fa. setelah lima musim dengan kelab ini dan lebih 150 perlawanan , saya terpaksa memberitahu perpisahan saya. Amat sukar untuk saya mengucapkan dalam kata2 bahawa negeri ini amat lah bermakna bagi saya dan betapa sukarnya untuk dipisahkan.
Pahang akan selamanya ada tempat yang istimewa di hati saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan terutama sekali para2 peminat.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Muda Pahang kerana selalu mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi kapten pasukan ini sejak 2016, ini menjadi penghormatan bagi saya dan saya akan mengingati detik2 manis ini selama-lamanya. Walaupun saya berada di tempat lain, Pahang tetap di hati saya.
Pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies secara rasmi menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi kempen Liga Malaysia yang menyingkap tirai hujung bulan ini.
Difahamkan, bekas kapten Pahang itu mengikat kontrak tiga tahun dengan nilai perpindahan dianggarkan RM1 juta hingga RM2 juta.
Bekas pemain Perth Glory itu akan membuat penampilan pertama bersama juara Liga Super enam musim berturut-turut pada pertembungan menentang Kedah pada aksi Piala Sultan Ahmad Shah, 28 Februari ini.
Sambil teruja menyertai Harimau Selatan, Davies mengakui dia akan berdepan tugas berat bagi memastikan dirinya di dalam tahap terbaik, apatah lagi dengan reputasi tinggi Harimau Selatan.
“Apa yang perlu saya lakukan menerus usaha untuk meningkatkan lagi kualiti skuad JDT dan kita tahu pasukan ini dibarisi pemain yang hebat dan berkualiti.
Jadi, saya harus bersedia untuk berada di tahap yang sama dengan rakan lain.
“Saya datang ke sini untuk membantu pasukan ini menambah kejuaraan dan kita tahu mereka sudah kecapi kejuaraan liga enam musim berturut-turut dan saya harus ada sikap positif meneruskan kejayaan JDT.
Mereka sudah tempa sejarah dan saya ingin mengecapi kejayaan itu,” katanya pada majlis memperkenalkannya sebagai pemain baharu JDT hari ini.
Ditanya mengenai corak permainan JDT sama ada dia mampu menguasainya, Davies optimis mampu mengadaptasi corak permainan itu walaupun hanya berbaki tempoh dua minggu sebelum saingan liga elit domestik menyingkap tirainya.
Katanya, penyesuaian itu tidak menimbulkan masalah tatkala dia sudah serasi beraksi bersama Corbin Ong, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Adam Nor Azlin ketika bersama skuad Harimau Malaya dan pastinya ia beri kelebihan untuk menyerap dengan pantas corak taktikal permainan kendalian jurulatih Benjamin Mora.
Sementara itu, Mora mengakui kehadiran Davies akan memperkukuhkan lagi benteng pertahanan tatkala pemain itu memiliki kualiti yang baik untuk mengemudi posisi bek kanan malah memberi kelebihan kepadanya memilih pemain yang terbaik untuk berada dalam kesebelasan utama.
“Matt pemain terbaik ketika bersama Pahang dan sekarang dia bersama JDT. Ia satu penghormatan kerana dia sudi untuk menyertai JDT,” kata Mora.