Home » BERITA » Maxis Alami Gangguan Pada Sistem 4G

Maxis Alami Gangguan Pada Sistem 4G

Maxis Alami Gangguan Pada Sistem 4G. Ramai pengguna rangkaian telefon mudah alih MAXIS merungut di media-media sosial tentang rangkaian telekomunikasi mereka yang mengalami gangguan.

Maxis Alami Gangguan Pada Sistem 4G
Maxis Alami Gangguan Pada Sistem 4G

Oleh hal yang demikian, menerusi akaun media sosial twitter Maxis mengakui bahawa memang mereka sedang menghadapi masalah rangkaian Hotlink menyebabkan ramai pengguna mengalami gangguan perkhidmatan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Maxis, pihaknya memohon maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang dihadapi. Pihaknya akan memperbaiki masalah ini dalam tempoh segera.

”Hai, kami meminta maaf atas sebarang masalah yang dihadapi. Kami kini sedang berdepan masalah rangkaian pada Hotlink prepaid,” katanya.

Difahamkan, tanda pagar #Maxis menjadi ‘trending’ di Twitter hari ini kerana rata-rata pelanggan meluahkan rasa kesal mengenai perkara tersebut.

Malah, pengguna juga mendakwa mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai gangguan perkhidmatan sehingga menimbulkan kesukaran dalam pelbagai urusan. Ini antara rungutan pengguna Maxis di media-media sosial.

SUMBER

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.