Home » BERITA » MCA MIC Ingin Tinggalkan BN

MCA MIC Ingin Tinggalkan BN

MCA MIC Ingin Tinggalkan BN. MCA dan MIC memutuskan tidak mempunyai pilihan lain selain keluar daripada Barisan Nasional (BN) bagi meneroka satu pakatan baharu yang mencerminkan maksud sebenar perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan parti berkenaan.

Namun, keputusan itu hanya akan dibuat selepas Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masa depan parti itu, sama ada komponen tiga parti itu perlu diteruskan atau dibubarkan berdasarkan perkembangan semasa politik membabitkan parti berkenaan.

MCA MIC Ingin Tinggalkan BN
MCA MIC Ingin Tinggalkan BN

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, MCA dan MIC berkata, kedua-dua parti sedar bahawa komuniti yang mereka wakili telah menolak BN malah menyarankan supaya ia dibubarkan dan dirangka semula sebagai satu gabungan politik baharu yang dapat kembali kepada teras dan asas semangat serta perjuangan asal parti itu.

“Asas pembentukan BN kini terancam apabila semangat hormat-menghormati antara satu sama lain tidak lagi wujud apabila ada yang mengeluarkan kenyataan yang meretakkan lagi hubung yang ada dalam kalangan parti komponen,” kata kenyataan yang ditandatangani bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri A Vigneswaran di sini, hari ini.

A Vigneswaran

Kenyataan itu susulan pertemuan MCA dan MIC yang diadakan pagi tadi yang dihadiri kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.

Kenyataan itu turut menyatakan kebimbangan mereka dengan pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Setiausaha Agung BN yang dianggap tidak sah dan tidak dapat diterima oleh MCA dan MIC.

Katanya, kenyataan terbaru Mohamed Nazri yang berbaur perkauman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih merosakkan lagi hubungan baik antara ketiga-tiga parti pengasas komponen itu.

“Mohamed Nazri sebagai pemimpin UMNO berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang bernada perkauman dan telah mengguris hati penyokong parti. Ini merosakkan reputasi BN,” katanya. -BH Online-

Check Also

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.