Home » Uncategorized » MH370, Australia Temui 2 Objek Mungkin Ada Kaitan Pesawat

MH370, Australia Temui 2 Objek Mungkin Ada Kaitan Pesawat

SYDNEY: Dua objek dipercayai mungkin ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berjaya dikesan, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Khamis.

Abbott memberitahu Parlimen mengenai maklumat ‘baharu dan boleh dipercayai itu’ pada hari ke-13 pesawat MH370 dilaporkan hilang.
Beliau berkata, pesawat tentera Orion milik tentera udara Australia digerakkan untuk meneliti objek tersebut.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Beliau tidak menyatakan secara terperinci lokasi tersebut tetapi Australia bertanggungjawab untuk melakukan pencarian di selatan Lautan Hindi.

“Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit berkaitan objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

“Berdasarkan analisis pakar mengenai imej itu, dua objek itu mungkin ada kaitan dengan pencarian itu berjaya dikenalpasti,” katanya.

MStar

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.