Home » Uncategorized » MH370, Bahan Tidak Dikenali Disiasat-JACC

MH370, Bahan Tidak Dikenali Disiasat-JACC

PERTH: Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada ‘bahan tidak dikenali’ yang hanyut di barat daya pantai Australia mempunyai sebarang kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, kata pegawai hari ini.

“Polis Australia Barat sedang mengendalikan laporan mengenai bahan yang hanyut di tepi pantai kira-kira 10 kilometer timur Augusta dan sudah memperoleh bahan berkenaan,” kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia.Katanya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang menganalisis gambar bahan itu bagi menentukan sekiranya ada sebarang kaitan dengan pencarian pesawat berkenaan.

Biro itu juga sudah menyerahkan gambar bahan berkenaan kepada pasukan penyiasat Malaysia.

“Memang menarik bagi kami untuk menganalisis gambar itu,” kata Ketua Pesuruhjaya ATSB, Martin Dolan kepada CNN sambil memberitahu bahan itu adalah seperti kepingan besi. – AFP

BH Online

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

  1. hopefully bukan MH370 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.