Home » Uncategorized » MH370, Isyarat dikesan sama dengan dipancar kotak hitam – JACC

MH370, Isyarat dikesan sama dengan dipancar kotak hitam – JACC

KUALA LUMPUR: Isyarat yang dikesan kapal Ocean Shield bukan berasal dari punca semula jadi tetapi sama dengan yang dipancarkan kotak hitam pesawat, kata Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Angus Houston.

“Kita sudah membuat analisis dan ia bukan semula jadi, ia berasal dari peranti buatan manusia dan konsisten dengan yang dipancarkan kotak hitam,” katanya pada sidang media di Perth, sebentar tadi.

Houston juga berkata, objek yang ditemui di kawasan pencarian setakat ini tidak berkaitan dengan pesawat MH370.

“Kita berharap kita akan menjumpai sesuatu yang ada kaitan dengan pesawat itu,” katanya.

Berita Harian

#prayforMH370

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.