Home » Uncategorized » MH370, Mendarat di Kandahar Hanya Khabar Angin

MH370, Mendarat di Kandahar Hanya Khabar Angin

Kuala Lumpur: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan sebagai spekulasi dakwaan pesawat MH370 dirampas dan disembunyikan di Kandahar, Afghanistan.

Malah, beliau juga menafikan menerima surat dari waris penumpang pesawat MH370 meminta pencarian pesawat itu diperluas hingga ke Kandahar.
Beliau berkata, tidak ada sebarang surat yang diterima daripada keluarga mangsa meminta beliau berbuat demikian.

“Saya secara peribadi tidak menerima surat berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Surat itu dikatakan meminta Kerajaan Malaysia menyiasat laporan media sebelum ini yang menyatakan pesawat itu mendarat di Kandahar.

Hishammuddin berkata, pendirian Malaysia dari awal adalah hanya mengumumkan semua laporan yang sudah disahkan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika ditanya sama ada benar dakwaan beberapa laporan, termasuk isi kandungan surat berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Facebook.

Surat berkenaan dikatakan ditulis waris penumpang pada 14 April lalu dan ditujukan kepada Hishammuddin dengan salinannya turut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, sebuah akhbar Russia mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, berhampiran sempadan Pakistan.

Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Russia turut melaporkan bahawa kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan tidak bersalah dalam insiden berkenaan.

Menurut laporan itu, pesawat MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang dirampas beberapa pengganas yang tidak diketahui.

Laporan itu turut menyebut agensi perisikan Russia memaklumkan nama pengganas berkenaan dikenali sebagai Hitch, manakala pesawat MH370 berada tidak jauh dari Kandahar. -BH

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.