Home » Uncategorized » MH370, Pentagon ada ‘petunjuk’ mungkin pesawat di Lautan Hindi

MH370, Pentagon ada ‘petunjuk’ mungkin pesawat di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada “petunjuk” pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News.

Pegawai kanan Pentagon itu memberitahu ABC News, pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

“Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi,” kata pegawai kanan berkenaan.

Jelas pegawai itu, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut.

Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Astro Awani

Check Also

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020. Apakah kesudahan drama Cetera Hati Diya agaknya? …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.