Home » Uncategorized » MH370, Pesawat hantar isyarat ‘ping’ ke satelit

MH370, Pesawat hantar isyarat ‘ping’ ke satelit

WASHINGTON 14 Mac – Pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, dilapor menghantar isyarat ‘ping’ kepada sebuah satelit selama empat jam, sebaik-baik kapal terbang berkenaan hilang daripada radar.

Seorang pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali berkata, tindakan itu menunjukkan bahawa pesawat berkenaan kemungkinan masih terbang sejauh beratus-ratus kilometer selepas ia hilang daripada radar.

Jelas beliau, pesawat Boeing 777-200 itu tidak menghantar data ke satelit terbabit, sebaliknya hanya memancarkan isyarat untuk berhubung.

Syarikat pembuatan pesawat, Boeing Co menawarkan perkhidmatan satelit untuk mengumpul maklumat operasi penerbangan pesawat dan menghantar data tersebut ke pangkalan utama pesawat itu.

Perkhidmatan tersebut diwujudkan bagi menyediakan maklumat untuk proses pembaikan atau kerja penyenggaraan sebelum mana-mana pesawat buatan Boeing mendarat.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Walaupun difahamkan syarikat Malaysia Airlines tidak melanggan perkhidmatan itu, namun pesawat masih mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan satelit dan mengeluarkan isyarat secara automatik.

“Fungsi isyarat itu seperti telefon bimbit yang dipadamkan, tetapi masih mampu memberi mesej seperti ‘Saya di sini’ kepada syarikat rangkaian komunikasi.

“Berdasarkan fungsi itu, syarikat telekomunikasi masih boleh mengesan kedudukan telefon yang dipadamkan atau tidak membuat panggilan,” jelas pegawai tersebut.

Bagaimanapun Boeing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, laman web akhbar Wall Street Journal melaporkan, sebuah satelit milik syarikat telekomunikasi Britain, Inmarsat menerima isyarat tersebut selama lima jam selepas pesawat MH370 hilang.

Perkara tersebut disahkan oleh Inmarsat namun tidak pula menyatakan bila isyarat terbabit diterima, lapor stesen televisyen BBC.

Dalam pada itu, pegawai tersebut berkata, fungsi mesej telefon bimbit berbeza dengan isyarat yang dihantar pesawat untuk dikesan oleh radar.

Katanya, jika pesawat meletup semasa dalam penerbangan atau mengalami masalah kegagalan teknikal, semua isyarat termasuk ke satelit akan terhenti pada masa kejadian. – AGENSI

SUMBER : Utusan Online

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.