Home » Uncategorized » MH370, Satelit Thailand Kesan 300 Objek Terapung Di Lautan Hindi

MH370, Satelit Thailand Kesan 300 Objek Terapung Di Lautan Hindi

BANGKOK: Imej satelit Thai telah mengesan sebanyak 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata seorang pegawai pada Khamis.

Menurut Agensi Teknologi Angkasa Lepas dan Geo-Teknologi, objek-objek yang berukuran di antara dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth.

“Bagaimanapun kita tidak… tidak berani mengesahkan yang ianya serpihan dari pesawat,” kata pengarah agensi tersebut, Anond Snidvongs kepada AFP.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Beliau memberitahu, maklumat-maklumat tersebut telah pun diserahkan kepada Malaysia.

Jelasnya, imej-imej itu telah diambil oleh satu-satunya satelit pemerhati bumi Thailand, Isnin lalu, tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya objek-objek tersebut telah dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan tumpuan satelit Perancis sebelum ini dalam usaha mereka mencari pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Pesawat tersebut telah dikatakan terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi selepas berpatah balik dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dilaporkan terbang beberapa jam dalam arah yang bertentangan.

Awani

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

  1. macam2..dulu semua x jumpa..bila dah 1 jumpa..semua negara pun dah jumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.