Home » Uncategorized » MH370, Sebulan Kekal Misteri

MH370, Sebulan Kekal Misteri

Tanggal 8 Mac 2014 adalah detik hitam buat semua rakyat Malaysia terutama penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat yang dijadualkan mendarat di Beijing tiba-tiba hilang dari radar kira-kira jam 12.40 pagi di Laut China Selatan berhampiran sempadan Malaysia Vietnam.

Sehingga ke hari ini masih belum ada tanda-tanda di manakah pesawat ini berada. Sama ada mendarat di satu-satu tempat atau terhempas di lautan tiada siapa yang mampu menjawab persoalan tersebut.

Bermacam-macam yang kita fikirkan. Terutama apabila mendengar pelbagai spekulasi yang dibuat tidak kira dari media barat atau pun cerita-cerita dari rakyat Malaysia sendiri.

Bagi aku tiada kuasa yang boleh menandingi selain dari kuasa Allah SWT. Jadi setelah sebulan usaha yang dijalankan masih belum menampakkan tanda positif, rakyat Malaysia diingatkan supaya terus terusan berdoa semoga usaha pencarian yang dijalankan oleh pihak berwajib dapat dipermudahkan.

Kepada seluruh ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat kami sentiasa mendoakan semoga kalian semua tabah dengan dugaan yang anda tempuhi ini.

#prayforMH370

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

  1. singgah membaca…..x lupa menabung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.