Home » Uncategorized » Minyak Ganja Mampu Rawat Kanser Otak?

Minyak Ganja Mampu Rawat Kanser Otak?

SEORANG penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil
minyak ganja setelah doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa
minggu.

Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh
sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak
ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang
lain.

Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer – The Stan Rutner di Youtube.

Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical
Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol
(THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.

Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan,
dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan
pelbagai jenis kanser lain.

Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai
mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan
kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke
organ lain).

Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.

Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama
dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.

Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri
kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang
dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai
rintangan.
    

Kawal penggunaan

Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang
awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran
dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan. 

Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar
(penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang
mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya
doktor perubatan tanpa prejudis.

Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang
membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk
boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering
pada satu-satu masa.

Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering
lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak
berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan
produk ganja seperti minyak ganja atau krim.

Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang
dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm,
berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang
bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG.

Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia
yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan
berdaftar dengannya.

Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.

Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of
Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir
separuh responden untuk tujuan perubatan.

Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan.

Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang.

Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan
penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang.

Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara
menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar
rawatan.

Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum.

Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan
sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien.
 

Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah
utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan  penyakit tertentu.

Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan
merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling
kurang dicadangkan oleh responden tinjauan.

Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan
merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan
minyak sawit.

Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang
paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan
dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa
minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga
sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang
sedikit berbanding tincture arak

Kegunaan terapeutik

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah
diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh
Aviva Romm?

Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan
penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan
(kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.

Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan,
manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa.
Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh
kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat
digunakan oleh ibu mengandung.

Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja
untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer,
anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom
Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder,
penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis,
sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit
kepala.

Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga
boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada
seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut.

Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan
kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan
perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah
sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam
tinjauan AHG.  

Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris
iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya
didahului oleh penemuan sains.

Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari
(T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya
pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan
menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk
keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM.

Sinar 

p/s : nasi ganja kat Ipoh kan?

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.