Home » INFORMASI » Misi Mencari Acap Tok Anjang Dedah Kejadian Misteri

Misi Mencari Acap Tok Anjang Dedah Kejadian Misteri

Misi Mencari Acap Tok Anjang Dedah Kejadian Misteri. Seperti yang semua tahu bahawa Acap atau nama sebenarnya Mohamad Ashraf Hasan sudah lebih 12 hari hilang semasa menjadi peserta kejohanan larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak.

Kehilangan Acap sejak 23 Mac lalu juga telah menimbulkan pelbagai versi dalam kalangan netizen yang membincangkan punca dia ‘ghaib’ tanpa sebarang petunjuk termasuk dikatakan disembunyikan oleh bunian.

Misi Mencari Acap Tok Anjang Dedah Kejadian Misteri
Misi Mencari Acap Tok Anjang Dedah Kejadian Misteri

Malah turut diceritakan pelbagai kejadian misteri berlaku kepada sukarelawan yang menyertai misi pencarian Acap di lokasi kejadian seperti diganggu makhluk halus serta penampakan kelibat serta pelbagai lagi.

Sukarelawan giat mencari Acap sehingga ke Bukit Batu Putih Gopeng.

Salah seorang sukarelawan itu, Amiruddin Daud, 58 ketika dihubungi mStar Online turut berkongsi pengalaman menyeramkan sepanjang beberapa hari misi pencarian itu.

Amiruddin atau lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, gangguan di dalam hutan sebenarnya adalah perkara biasa, tambahan pula ia menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat mata kasar manusia.

Enjin motosikal, lagu berentak Inang peneman pencarian Acap

Pun begitu kata Tok Anjang, ketika misi pencarian Acap, beberapa kenalannya yang turut mengikuti misi itu telah berhadapan dengan situasi cemas termasuk didatangi oleh seorang lelaki tua yang cuba memberi alamat tentang keberadaan Acap.

“Ada rakan Tok Anjang ni tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya dia sendiri yang kena apabila didatangi seorang lelaki tua ketika kami sedang khusyuk membaca al-Quran dan berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah.

“Tidak mengesyaki apa-apa, lelaki itu mendekatinya dan cuba memberi petunjuk tentang keadaan dan tempat Acap disembunyikan sebelum menghilangkan diri.

“Lebih pelik tiada siapa di antara kami yang perasan akan kehadiran lelaki tua itu sebelum dia hilang dari pandangan rakannya itu,” ceritanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, kata Tok Anjang, sepanjang berada dalam hutan terdapat kejadian mereka tiba-tiba disentuh pada bahagian kepala atau bahu.

“Terlihat kelibat makhluk mungkin biasa tetapi ketika mencari Acap kami pernah terdengar bunyi enjin motosikal serta lagu tradisional berentak Inang yang membuatkan kami saling berpandangan antara satu sama lain.

Tok Anjang masih belum berputus asa mencari Acap dan yakin dia akan ditemui.

Kumpulan 30 ustaz masuk hutan bantu cari Acap

“Pada akhirnya kita berpegang pada satu bahawa misi kami adalah untuk membawa Acap pulang dengan selamat dan semua gangguan itu anggap sahaja ujian daripada Allah,” katanya yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti mendaki gunung dan merentas hutan.

Bercakap mengenai misteri kehilangan Acap kerana disorok bunian, Tok Anjang tidak menolak kemungkinan itu kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Malah katanya, seramai 30 ustaz dan pakar dalam perubatan Islam telah dibawa masuk ke hutan tersebut dalam usaha membawa pulang Acap dengan selamat tetapi setakat ini masih gagal.

Bacaan Surah Al-Baqarah dan ayat Ruqyah sentiasa diamalkan ketika memulakan misi pencarian.

“Mungkin ada yang kata ia mengarut tetapi bunian ini memang wujud dan ia juga makhluk ciptaan Allah… Sebelum ini juga pernah ada kejadian dua minggu seorang lelaki hilang tanpa dikesan namun akhirnya dijumpai walaupun usaha mencari ditempat dia dijumpai dilakukan lebih awal lagi.

“Usaha adalah penting buat masa ini dan Alhamdulillah setakat ini sahaja 30 ustaz tampil membantu sama-sama masuk ke hutan, panjat bukit dalam misi mencari Acap.

“Beberapa siri perbincangan dengan bunian juga telah dilakukan, namun sehingga kini nampaknya usaha itu gagal kerana enggan melepaskan Acap,” katanya.

Acap dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer sebelum kehilangannya disedari oleh rakannya meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu. -MStar Online-

Check Also

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa'

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’. Pada tarikh 28 Mei 2019, hari ini pada pukul …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.