Home » BERITA » Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 Julai

Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 Julai

Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 Julai 2021. Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 Julai
Moratorium 6 Bulan Dibuka 7 Julai

Kata Muhyiddin, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.

“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

“Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini. Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain,” katanya.

Kata Muhyiddin, kerajaan faham keresahan rakyat pada masa ini dengan ramai yang terjejas dan ini bukanlah melibatkan golongan B40 sahaja.

“Saya banyak mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara-mara yang terjejas akibat Covid-19,” katanya. -Utusan Online-

Kenyataan dari Bank Rakyat :

Berikutan daripada pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021, Bank Rakyat sedang mengemas kini sistem permohonan dalam talian bagi moratorium pembayaran pembiayaan.

Permohonan dibuka bermula 7 Julai 2021.

Kenyataan dari MBSB Bank :

Check Also

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew. Ibarat kata pepatah buang yang keruh ambil yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.