Home » BERITA » Muhammad Aiman Zainali Calon PH PRK DUN Semenyih

Muhammad Aiman Zainali Calon PH PRK DUN Semenyih

Muhammad Aiman Zainali Calon PH PRK DUN Semenyih. Muhammad Aiman Zainali telah dipilih sebagai Calon PH PRK DUN Semenyih yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Dalam acara pengenalan calon yang telah diadakan beliau ada menyampaikan beberapa perkara.

Muhammad Aiman Zainali Calon PH PRK DUN Semenyih
Muhammad Aiman Zainali Calon PH PRK DUN Semenyih

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali meminta pengundi untuk yakin dengan kemampuannya mewakili suara penduduk, bukan mempercayai semata-mata.

Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Hulu Langat itu yang juga menantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih sebelum ini, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor berkata, yakin dan percaya adalah dua perkara yang membawa pengertian berbeza.

“Saya tak minta percaya, tapi mahu keyakinan rakyat diberikan kepada saya untuk membawa suara, masalah penduduk ke DUN dan juga kerajaan persekutuan.

“Saya merayu penduduk mengundi saya, semua jentera sokong dan mendokong usaha saya untuk PRK ini. Selebihnya saya berserah kepada Allah SWT,” katanya dalam ucapan sulungnya di hadapan kira-kira 1,000 rakyat yang hadir pada majlis pengumuman calon di Taman Pelangi Semenyih, hari ini.

Pengumuman itu disempurnakan Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Mengulas lanjut, Muhammad Aiman yang berusia 30 tahun berkata, beliau akan menggunakan pengalaman dan pengetahuan ketika membantu bapa mentuanya dahulu untuk menyelami pengundi Semenyih.

“Antara masalah yang kerap ditimbulkan adalah isu kesesakan lalu lintas yang akan saya teliti pada kempen bermula Sabtu ini.

“Saya akan berusaha yang terbaik menjadi suara mereka dan harap dapat bersaing dengan calon lain secara sihat demi kepentingan rakyat Semenyih,” katanya.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan penyandangnya dari PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU-14 lalu, Bakhtiar menewaskan penyandang terdahulu Datuk Johan Abdul Aziz (BN) menyandang kerusi itu selama dua penggal, selain dua calon lagi iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan (PSM). -METRO-

Check Also

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh. Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.