Home » BERITA » Muhammad Haziq Mengaku Dia Dalam Video Klip

Muhammad Haziq Mengaku Dia Dalam Video Klip

Muhammad Haziq Mengaku Dia Dalam Video Klip yang tular bersama seorang menteri. Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri awal pagi tadi membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip wajah menteri.

Muhammad Haziq Mengaku Dia Dalam Video Klip
Muhammad Haziq Mengaku Dia Dalam Video Klip

Video panas tersebut tersebar sejak semalam.

Muhammad Haziq Aziz, 27, memuat naik video berdurasi 30 saat itu dalam akaun Facebooknya kira-kira jam 2 pagi tadi dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat dalam hubungan seks dengannya.

Menurutnya, perlakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah ketika pilihan raya kecil Parlimen Sandakan.

“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama […] dalam video yang telah viral semalam.

“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) […] di Hotel Four Points,” katanya dalam rakaman tersebut.

Sinar Harian tidak dapat menamakan menteri yang disebut oleh lelaki berkenaan dan kini dalam usaha mendapatkan respons daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan lelaki itu.

Dalam pada itu, Muhammad Haziq turut menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)untuk menyiasat pemimpin kerajaan berkenaan.

“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin.

“Saya menggesa SPRM untuk menyiasat […] atas tuduhan korupsi,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya wartawan berhubung kes itu berkata, beliau belum melihat klip video berkenaan.

“Saya tak tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena baca dulu.

Kalau awak (wartawan) boleh bagi briefing, boleh juga,” katanya pada sidang media di Putrajaya. -SINAR HARIAN ONLINE-

Check Also

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati. Seekor Harimau Malaya yang gemparkan negara ketika ditemui jinak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.