Najib Dedah Admin FB Page Al Jazeera Dari Malaysia. Sudah pasti sesuatu yang mengejutkan. Seperti yang semua tahu beberapa hari ini satu dokumentari telah dikeluarkan oleh Al Jazeera melalui saluran Youtube.
Dokumentari yang bertajuk “Locked Up In Malaysia’s Lockdown” sama sekali bukan menggambarkan apa sebenarnya yang berlaku kepada PATI sepanjang perintah kawalan pergerakan yang lalu.
Semua yang dilaporkan memburuk-burukan negara kita ditambah pula individu yang ditemuramah pula entah bangla dari mana wartawan tersebut kutip.
Laporan ini mendapat kecaman dari semua rakyat Malaysia dan pihak berkuasa juga sedang mengambil tindakan. Datuk Seri Najib Razak menerusi satu hantaran facebook beliau ada membongkar bahawa terdapat rakyat Malaysia yang menjadi admin dalam FB Page Al Jazeera.