Home » HIBURAN » Naqiu Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 6

Naqiu Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 6

Naqiu Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 6 bagi tahun 2019. Keputusan Gegar Vaganza 6 (GV 6) mencetuskan kejutan apabila Naqiu dan juga Hady Mirza diumumkan sebagai juara untuk edisi kali ini.

Naqiu Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 6
Naqiu Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 6

Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi, Hady dan Naqiu meraih wang tunai RM100,000 dan trofi.

Hady dan Naqiu turut memenangi pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan percuma di sebuah hotel.

Vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt diumumkan pemenang ketiga. Sebagai ganjaran, Jatt menerima wang tunai RM30,000 dan hadiah lain.

Peserta akhir Gegar Vaganza musim keenam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi. -NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Nurfatima menduduki tempat keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

Persembahan peserta peringkat akhir diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman.

Hadiah disampaikan Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Melayu Astro, Azlun Reza Azmi.

Pentas akhir GV6 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. -BH Online-

Check Also

Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia

Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia

Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia. Penyanyi terkenal dan juga isteri kepada pelawak Shuib menghempuskan nafas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.