Home » Uncategorized » NASA Nafi Bumi Bergelap 3 Hari Disember Ini

NASA Nafi Bumi Bergelap 3 Hari Disember Ini

NASA Nafi Bumi Bergelap Disember Ini

NEW YORK – Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan.

Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.

Sebuah laman web, Huzlers.com baru-baru ini mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama enam hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.

Laman web itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama enam hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.

“Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.

“Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,” katanya artikel tersebut.

Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.– Agensi

Berita dipetik dari Relevan Sokmo

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.