Negara Lumpuh Tanpa GST kata YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Admin memetik berita laporan BH Online semalam. Datuk Seri Najib Razak menegaskan, ekonomi negara akan lumpuh tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). “(GST menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik) adalah tafsiran pembangkang. Hakikatnya, GST adalah penyelamat ekonomi Malaysia.
“Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini. Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Chin Tong sama ada kerajaan bersedia kurangkan kadar GST kepada tiga peratus kerana GST didakwa menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik.
Apa itu GST di Malaysia???
GST merupakan cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah dan cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengilangan, pengeluaran, pengedaran, pembekalan, pemborongan, perniagaan, dan peruncitan dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.
GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan.[2][3]
Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengatasi kelemahan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan seterusnya mampu mengesan serta mengekang perbuatan dan kelakuan seperti:-
Mensabotaj ekonomi
Segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit tidak mengisytiharkan jumlah sebenar pendapatan bulanan dan tahunan mereka untuk mengelak cukai, memanipulasi penyata pendapatan, menyembunyikan sumber serta aliran kewangan syarikat. Ada segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit yang melakukan khianat dengan sengaja menyorok sesuatu barangan, memonopoli produk bagi membunuh persaingan pesaing, dan memanipulasi harga barang sesuka hati. Akibat perbuatan segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit yang menjadi pengkhianat ekonomi ini, maka harga barang meningkat berkali ganda dan menjadi mahal. Kesannya hidup rakyat menjadi susah, tetapi para pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit yang khianat ini semakin kaya memboroi.
Mengenakan cukai terselindung
Cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan sesebuah syarikat.
Mengenakan cukai bertindih
Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu sama ada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Mengenakan caj tersembunyi
Kadang kala cukai perkhidmatan turut dimasukkan ke dalam secara terselindung di dalam bil atau resit pengguna tanpa diketahui yang sebenarnya dikenakan caj perkhidmatan.