Home » BERITA » No Komen PU Abu Ikut Nasihat Ayah Isu Cerai

No Komen PU Abu Ikut Nasihat Ayah Isu Cerai

No Komen PU Abu Ikut Nasihat Ayah Isu Cerai Isteri Yang Sedang Mengandung. Baru saja pulang ke tanah air selepas beberapa minggu mengikuti rombongan mengerjakan umrah, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah diserbu oleh sebuah portal hiburan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.

No Komen PU Abu Ikut Nasihat Ayah Isu Cerai
No Komen PU Abu Ikut Nasihat Ayah Isu Cerai

Enggan memberi kenyataan berhubung kontroversi isu rumah tanggnya, PU Abu berkata orang ramai hanya mengetahui sebahagian sahaja cerita tersebut.

Hanya keluarga ketiga-tiga pihak iaitu bekas isteri, Aini Afini, wanita dikenali sebagai Hana Azraa dan ibu bapanya sahaja yang tahu seluruh cerita sebenar.

“Tiada siapa pun tahu cerita sebenar melainkan keluarga saya dan keluarga pihak bekas isteri dan Hana.

“Saya minta maaf sangat, saya takkan beri apa-apa kenyataan. Apa pun paksaan atau desakan saya takkan buka mulut. Itu sahaja jawapan saya ketika ini. Selebihnya saya akan maklumkan kemudian,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana yang dikatakan sudah bernikah, PU Abu bertindak mengunci mulut. Kata PU Abu, bapanya menasihatinya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. Ujar PU Abu lagi, selama ini kenyatannya diputar belit oleh ramai pihak.

“Minta maaf, saya tak boleh beri komen apa-apa. Saya kena dengar cakap ayah saya kerana dia minta supaya jangan buka mulut untuk bagi kenyataan kepada sesiapa pun. Saya akan beritahu selepas dapat keputusan dari ayah saya. Apa-apa pun saya kena tunggu ayah saya.

“Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar beli ramai pihak dan media.

“Sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut saya dianggap salah. Jadi saya tak nak cakap apa-apa setakat ini. Saya takkan bagi apa-apa kenyataan sehingga arahan daripada ayah saya,” katanya. -MSTAR-

Check Also

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. Mari seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyaksikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *