Home » HIBURAN » Ola Bola Filem Wajib Tengok 2016

Ola Bola Filem Wajib Tengok 2016

Ola Bola Filem Wajib Tengok 2016
Ola Bola Filem Wajib Tengok 2016

Berbagai-bagai perasaan yang akan timbul bila anda menonton cerita Ola Bola ini. Sedih, ketawa, gembira, duka pendek kata semuanya telah digaul rata. Dengan jalan cerita yang tidak dapat dijangka kesudahannya anda pasti teruja untuk menyaksikan Ola Bola Filem Wajib Tengok 2016. Admin sememangnya kaki bola menyarankan anda untuk menonton filem Ola Bola ini.

Semangat perpaduan berbilang kaum dan semangat pasukan yang kuat menyebabkan bola sepak kita digeruni di peringkat Asia. Admin tak tahu nak tulis review panjang-panjang tetapi bagi admin untuk pendek kan cerita dari 5 bintang admin bagi 5 bintang untuk cerita ini.

Bagi yang bercadang untuk menonton jangan tunggu lagi..pergi cepat-cepat menonton kerana tidak nampak apa yang cacat dalam teknik CGI yang dibuat dalam cerita tersebut. Ini ada sinopsis cerita Ola Bola untuk rujukan anda semua.

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.

Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan juga menyukarkan skuad itu, namun, segala rintangan dapat diatasi terutamanya dengan kehadiran ‘pemain no. 12’ iaitu ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat pada waktu itu.

Check Also

Penceraian PU Abu dan Isteri Sah Ini Penjelasan Sebenar

Penceraian PU Abu dan Isteri Sah Ini Penjelasan Sebenar

Penceraian PU Abu dan Isteri Sah Ini Penjelasan Sebenar. Baru semalam ada berita berkenaan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *