Home » BERITA » Padah Tandatangan P*****K Di Kertas Saman Polis

Padah Tandatangan P*****K Di Kertas Saman Polis

Padah Tandatangan P*****K Di Kertas Saman Polis seorang mekanik terima hukuman. Seorang mekanik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, terhadap dua pertuduhan menulis perkataan lucah pada kertas saman dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, bulan lalu.

Padah Tandatangana PukimaK Di Kertas Saman Polis
Padah Tandatangana PukimaK Di Kertas Saman Polis

Tertuduh, Nor Exzuan Nor Hashimy, 35, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Mahyun Yusof dan V Vanita.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan anggota polis Lans Koperal Mohd Firdaus Adnan dengan menulis perkataan lucah di bahagian tandatangan pada kertas saman.

Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan Persiaran Senawang 1, pada 2.10 pagi, 28 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, Nor Exzuan didakwa menghalang penjawat awam iaitu Lans Koperal Mohd Firdaus Adnan menjalankan tugas di lokasi sama pada masa dan tarikh sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar dan Jiwan Kaur, manakala tertuduh diwakili peguam Iwana Sakinah Mohd Lajis bagi pertuduhan pertama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 atau penjara lapan bulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan pertama manakala RM3,500 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda (pertuduhan kedua). -Metro-

Check Also

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak. Seorang datuk bandar di Mexico menempuh detik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.