Home » BERITA » Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat di IJN, Kuala Lumpur. Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat
Sultan Ahmad Shah Mangkat

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Sultan Ahmad Shah diumumkan mangkat jam 8.50 pagi.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau turut meminta semua rakyat bersama-sama mendoakan semoga roh Almarhum Sultan Ahmad Shah dirahmati dan ditempatkan bersama para syuhada.

Al-Fatihah

Sumber BH

Check Also

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.