Home » SUKAN » Pahang 3 Perak 1 Separuh Akhir Piala FA

Pahang 3 Perak 1 Separuh Akhir Piala FA

Pahang 3 Perak 1 Separuh Akhir Piala FA pusingan pertama 22 Jun 2019. Pahang memanfaat sepenuhnya aksi di gelanggang sendiri apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Perak pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Pahang 3 Perak 1 Separuh Akhir Piala FA

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi pemain pertahanan, Herold Goulon yang menanduk kemas hantaran lintang Nor Azam Azih untuk menewaskan penjaga gol The Bos Gaurus, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Minit ke-31, tuan rumah terpaksa mengeluarkan Dickson Nwakaeme selepas penyerang Nigeria itu mengalami kecederaan dan diganti Saddil Ramdani.

Ketiadaan Nwakame tidak menghalang Pahang untuk menambah jaringan apabila Mohamadou Sumareh menjadikan kedudukan 2-0 selepas memanfaatkan hantaran daripada Norsahrul Idlan Talaha pada minit ke-39.

Selepas bergelut untuk merobek kekentalan pertahanan Pahang pada separuh masa pertama, Perak kendalian Mehmet Durakovic tampil dengan permainan lebih baik pada babak kedua.

Peluang terbaik pelawat hadir menerusi J Partiban tetapi bola tendangan penyerang itu terkena tiang gol ketika penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias sudah pun tertewas pada minit ke-47.

Tetapi enam minit kemudian, Partiban menebus kehampaan apabila merapatkan jurang 1-2.

Tetapi ketika pelawat garang memburu jaringan penyamaan, Goulon memastikan tuan rumah menamatkan perlawanan dengan ceria apabila meledak gol ketiga sebagai bekalan menuju aksi timbal balik di Stadium Perak pada 29 Jun ini. -BH Online-

Separuh Akhir Pertama Piala FA 22 Jun 2019Pahang 3 – Perak 1Kredit : MSL Super League

Dikirim oleh Berita Viral Terkini Malaysia pada Sabtu, 22 Juni 2019

Check Also

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games

Live Streaming Cambodia vs Malaysia SEA Games 2019. Sepak mula akan dilangsungkan jam 4.00 petang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.