Home » BERITA » Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari

Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari

Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari. Negeri Pahang mengumumkan cuti umum esok bagi memberi peluang kepada rakyat memberi penghormatan terakhir kepada Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang mangkat pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari
Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, kerajaan Pahang juga mengarahkan semua acara dan program berbentuk hiburan yang dijadualkan di seluruh Pahang dibatalkan selain bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama 40 hari, bermula hari ini.

“Bagi tempoh perkabungan ini membabitkan rakyat selama 40 hari, manakala bagi Kerabat Diraja pula selama 100 hari.

“Istiadat pemakaman jenazah Almarhum dijangka akan disempurnakan selepas solat Zohor esok di Makam Diraja Pekan,” katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Turut hadir Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Sallehuddin berkata, semua masjid dan surau di Pahang juga diminta mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bermula malam ini.

“Orang ramai boleh menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kira-kira jam 9 malam ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sehingga jam 9 pagi esok.

“Bagi orang kenamaan pula boleh memberi penghormatan terakhir bermula jam 11 pagi esok, sehinggalah jenazah dibawa ke Makam Diraja bagi urusan pengebumian,” katanya.

Beliau berkata, jenazah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 5 petang ini sebelum dibawa terus ke Istana Abu Bakar, Pekan. -BH-

Check Also

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari. Anda dah tengok video bangga mereka ini merosakkan barang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.